MBC WE GOT MARRIED - Ssangchu Couple (Lettuce Couple)
Finally selepas beberapa minggu dapat jugak aku habiskan menonton reality show "We Got Married" dekat Youtube.
"We Got Married" ni sebuah reality show dimana diorang pasangkan dua orang selebriti and then suruh mereka jalani kehidupan seperti pasangan yang baru berkahwin. Dalam masa tu jugak, setiap minggu diorang akan diberi "mission" yang berbeza-beza. Contohnya macam berkebun, pergi bercuti, cipta memori bersama and macam-macam lagilah.
Of course aku tak tonton semua (aku mana ada time). So, aku cuma tonton bahagian couple kesukaan aku je... tak lain tak bukan Ssangchu Couple - Kim Hyun Joong (SS501) & Hwang Bo (Chakra). Diorang ni memang couple yang sangat unik, bukan sahaja sebab perbezaan umur Hyun Joong (23) Hwang Bo (29)- 6 tahun beza! Diorang ni couple yang slow and steady jer...
Walaupun pada mulanya diorang ni agak janggal bila berdua, tapi lama-lama diorang jadi semakin mesra dan selesa. Diorang mula memahami perangai dan diri masing-masing.
Diorang digelar Ssangchu Couple/Lettuce Couple (Pasangan Kubis) sebab Hyun Joong tersalah sebut "ssangchu". Memang kelakar betul. XD
Hyun Joong dan Hwang Bo buat banyak memori bersama. Couple ni dah pergi ke pantai bersama sebanyak 5 kali dan setiap kali mesti diorang akan tulis sesuatu kat atas pasir. Something yang express what they felt at that time.
Memang aku tak tahu nak cakap macam mana lagi... banyak sangat benda yang lucu dan kelakar antara diorang.
Sebenarnya aku mula kenal Kim Hyun Joong daripada drama "Boys Over Flowers". Bila aku found out yang Hyun Joong pernah terlibat dalam reality show ni, aku terus cuba cari dan tengok. Melalui program ni aku lebih mengenali Kim Hyun Joong dan secara tak langsung aku mengenali Hwang Bo. Selain tu, aku juga lebih mengenali SS501 sebab ahli-ahli yang lain jugak pernah muncul beberapa kali dalam program ni.
Sekarang barulah aku tahu...Kim Hyun Joong yang berlakon sebagai Ji Hoo, yang nampak cool dan tenang tu rupanya comel dan lucu! Dalam program ni, semua sifat semula jadi Hyun Joong dipaparkan. Memang betul-betul kelakar, tambahan pulak Hwang Bo memang agak sekepala dengan Hyun Joong.
Aku jugak betul-betul kagum dengan Hwang Bo, dia memang seorang isteri yang sangat baik. Walaupun Hwang Bo ni nampak agak kasar dan tomboyish sikit, tapi dia ada "feminine side" dalam diri dia. Hwang Bo ni pandai masak, menjahit, menghias, menukang dan mahir dengan kraf.
Rasanya Hwang Bo saja pasangan yang paling sesuai dengan Hyun Joong sebab dia pasti akan jaga Hyun Joong dengan baik.
Anyway memang berbaloi aku tonton dari episod 11 - 38, daripada pertemuan pertama diorang yang agak janggal sampailah hari terakhir diorang bersama yang memang sedih sangat (Kim Hyun Joong terpaksa menarik diri kerana drama Boys Over Flowers).
No comments:
Post a Comment